Saya telah menerima banyak komen dan pertanyaan daripada pembaca blog saya. Saya cuba memberi respon kepada mereka dan bertukar pandangan dalam hal yang dibincangkan tetapi disebabkan tidak ada email pemberi komen dan mereka yang bertanya, saya tidak dapat memberi maklumat selanjutnya. Umpamanya, ada yang bertanya bagaimana hendak mengatasi pelat di kalangan kanak-kanak, tidak dapat juga saya memberi respon kerana tidak ada email pemberi komen.
Di samping itu, saya juga menerima pengunjung daripada pelajar peringkat ijazah pertama dan lepasan ijazah yang ingin mendapat maklumat tentang “pendidikan pelajar pekak”. Saya bersedia berbincang dalam bidang ini dengan lebih mendalam jika email disertakan.
Sekian