Feeds:
Posts
Comments

Semangat baru…

Salam,

Kita sudah berada di penghujung tahun 2013 dan sedikit masa lagi kita akan berada tahun 2014. Marilah kita sama-sama bertekad untuk bersemangat baru dan melonjakkan diri ke arah yang lebih cemerlang. Tidak banyak yang saya dapat tulis dalam blog saya sepanjang tahun 2013. Walau bagaimanapun, saya berjaya membuat tiga penyelidikan dan dibentangkan peringkat dalam negara dan luar negara. Satu berkaitan dengan kecacatan komunikasi dan dua berkaitan dengan pendidikan khas. Jika kesempatan saya akan postkan dalam blog saya untuk berkongsi dengan pengunjung blog saya.

Oleh itu, jangan ketinggalan ….

Advertisements

RM500 semalam

Jika anda melancong ke Banadar Kota Baharu dan ingin menginap untuk sebuah bas, sila buat tempahan dengan kami. Sebuah rumah Semi-D Dua Tingkat yang dapat menampung 40 hingga 50 orang serentak. Terdapat tiga bilik tingkat atas dan dua bilik tingkat bawah. Tiga ruang tamu yang sangat luas.

Kemudahan lain:

  • 15 minit ke Kota Bharu
  • 15 minit ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
  • 20 minit ke Pasar Wakaf Che Yeh
  • Ruang dapur yang luas dilengkapai
  • Satu Meja makan,  
  • Mangkuk pinggan untuk 50 orang
  • Dapur Gas
  • Periuk Letrik Besar
  • wifi
  • dan banyak kemudahan lain lagi

Alamat:

Kampong Baung,

Kilometer 5 Jalan Pengkalan Chepa

15400 Kota Bharu

Tel : 017-208-9280 (Che Llah)

        017-7449280 (Pn Rabiah)

HARGA SEMALAMAN: RM500

Salam semua,

Saya mohon maaf kerana tidak update blog saya. Hal ini disebabkan saya sentiasa dalam kesibukan dan tidak dapat memberi tumpuan untuk “menjaga” blog. Walau bagaimanapun, disebabkan ramai yang bertanya dan menelipon untuk mendapat bahan bacaan tambahan tentang murid dan orang pekak, saya rasa terpanggil untuk meneruskan perjuangan saya…. menaiktaraf pendidikan dan kualiti hidup mereka yang pekak.

Sehubungan itu, janji saya adalah untuk sentiasa mengemaskini blog saya dari semasa ke semasa

Sekian.

Setelah kurang lebih dua tahun enam bulan, New Zealand ditinggalkan….. kini sudah mula bertugas di Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

Saya telah menerima banyak komen dan pertanyaan daripada pembaca blog saya. Saya cuba memberi respon kepada mereka dan bertukar pandangan dalam hal yang dibincangkan tetapi disebabkan tidak ada email pemberi komen dan mereka yang bertanya, saya tidak dapat memberi maklumat selanjutnya. Umpamanya, ada yang bertanya bagaimana hendak mengatasi pelat di kalangan kanak-kanak, tidak dapat juga saya memberi respon kerana tidak ada email pemberi komen.

Di samping itu, saya juga menerima pengunjung daripada pelajar peringkat ijazah pertama dan lepasan ijazah yang ingin mendapat maklumat tentang “pendidikan pelajar pekak”. Saya bersedia berbincang dalam bidang ini dengan lebih mendalam jika email disertakan.

Sekian

 

 

Makalah ini memaparkan salah satu pengalaman warga New Zealand yang melawat Malaysia beberapa tahun yang lalu.

Al’kisah, semasa penulis berjalan-jalan di kota raya Wellington, New Zealand, penulis disapa oleh seorang pemuda kiwi separuh abad lagaknya dengan sapaan, “Apa khabar?” Lalu berlakulah perbualan berikut: Penulis tersentak lalu menjawab, “Baik.” Lalu penulis memberhentikan langkah perjalanan dan menghampiri  penyapa berkenaan. Penyapa berkenaan bertanya,“Dari Malaysia?”  “Ya, dari Malaysia.” Jawab penulis selamba tetapi agak aneh kerana penyapanya berkulit puteh tetapi menegur dalam bahasa Melayu. “Saya pernah ke Malaysia selama lapan minggu, jalan-jalan mengeliling negeri-negeri di Malaysia. Ada masa bersama saya hari ini?” dia bertanya. Untuk mendapat kepastian maksudnya kerana tidak mahu berlaku salah faham, penulis bertanya kembali dalam bahasa Inggeris, “What do you mean?” (Apa maksud awak?) Dia memberi penjelasan dalam bahasa Melayu dengan nada jelas tetapi rentaknya lebih perlahan, lagaknya seperti memahami bahawa saya dalam tidak kententuan “Adakah awak mahu berjalan-jalan bersama saya. Saya ada masa, saya mahu jadi pemandu pelancong awak.” Kesungguhannya menggunakan bahasa Melayu menyebabkan penulis merasa sedikit malu dan segera memberi maklum balas, “Ya, boleh, boleh…memang saya ingin mengeliling Wellington hari ini”. Kemudian, kami menghabiskan masa separuh hari berjalan-jalan dalam kota Wellington dan berbual-bual tentang pengalamannya melawat Malaysia. Beliau menggunakan bahasa Melayu dalam kebanyakan bicaranya dan dalam hal-hal yang beliau tidak dapat ungkapkan dalam bahasa Melayu, beliau menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga penulis, jika beliau tidak memahami perbualan bahasa Melayu penulis, penulis menggunakan bahasa Inggeris.

Apa yang menarik perhatian penulis pada beliau adalah kesungguhan dan kebolehan Encik Nigel  menggunakan bahasa Melayu. Beliau mampu mengguna bahasa Melayu untuk bercerita dengan jelas tentang pengalamannya semasa di Malaysia. Mengikutnya, bahasa Melayunya semakin lemah kebalakangan ini kerana tidak berpeluang menggunakannya. Mengapa dan bagaimana beliau belajar bahasa Melayu menarik juga untuk diketahui. Hal yang “menakjubkan” ialah walaupun sesingkat lapan minggu berada di Singapura, Malaysia dan Brunei (negara yang penduduknya boleh berbahasa Melayu) beliau “berani” membuat kesimpulan terhadap sikap orang Malaysia dalam hal penggunaan bahasa. Kata beliau secara sinis,  “Kebanyakan Orang Malaysia Tidak Suka Berbahasa Melayu dan Beranggap Bahasa Inggeris Lebih Superior”.  

Persoalannya, sejauh mana benarnya tanggapan beliau terhadap hal tersebut? Ikuti perbincangan hal ini dalam Majalah DEWAN BAHASA OGOS 2007 dan Bahagian Kedua SEPTEMBER 2007…

New Zealand tersohor dengan keindahan semula jadinya. Di samping itu New Zealand juga terkenal dengan sebuah negara yang mempunyai berbagai-bagai latar belakang penduduk. Berdasarkan perangkaan Jabatan Statistik New Zealand, terdapat sekurang-kurangnya 36 bangsa yang membentuk penduduk tetap negara ini, yang jumalahnya sekitar 4.1 juta. Wellington adalah ibu negara New Zealand.

Maori adalah penduduk pribumi. Jika di Malaysia gelaran Mat Salleh digunakan bagi merujuk pada bangsa Eropah yang berkulit putih, di New Zealand pula Pakeha adalah nama rujukan pada penduduk yang berbangsa Eropah, berkulit putih dan kebanyakannya daripada United Kingdom. Manakala Kiwi merujuk pada semua penduduk New Zealand.

Dari segi sosiolinguistik, Bahasa Maori, Bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat New Zealand (New Zealand Sign Language) adalah 3 bahasa rasmi negara ini. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris mendominasikan kebanyakan urusan rasmi kerajaan. Namun, penggunaan bahasa lain digunakan juga berdasarkan keperluan semasa berurusan.

Bahasa Maori adalah bahasa penduduk peribumi, yang digunakan secara meluas di instituasi kerajaan dan juga sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Manakala New Zealand Sign Language (NZSL) adalah bahasa kebanyakan warga Pekak, yang pada April 2006 diangakat sebagai salah satu bahasa rasmi New Zealand. Peristiwa terbaru tentang NZSL ialah pengumuman Kementerian Pelajaran pada April 2007 bahawa NZSL dijadikan salah satu mata pelajaran di sekolah yang boleh dipelajari oleh semua pelajar. Jika pertuturan merupakan media/saluran komunikasi bagi Bahasa Maori dan Bahasa Inggeris, isyarat atau pergerakan anggota tubuh badan adalah media/saluran komunikasi bagi NZSL.
Selaian itu, dasar terbuka terhadap penggunaan bahasa yang diamalakan, setiap bangsa di New Zealand dibenarkan menggunakan bahasanya tersendiri dan dalam kes-kes tertentu seperti dalam hal berkaitan dengan mendapat “bantuan keewangan” daripada kerajaan, jurubahasa disediakan bagi memudahkan komunikasi anatara wakil agensi kerajaan dengan “pemohon” daripada berbagai-bagai bangsa yang memerlukan perkhidamatan. Hal ini memperlihatkan bahawa konsep saling faham memahami dalam berkomunikasi dititik beratkan dalam segala urusan rasmi kerajaan.

Apa yang menarik perhatian penulis pada masyarakat yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang ini adalah terdapat sebilangan penduduk di sini, yang berasal daripada Komboja, yang boleh berbahasa Melayu. Kebanyakan daripadanya beragama Islam. Terdapat sekurang-kurangnya 20 keluarga Komboja Islam di sekitar Wellington dengan jumlah ahli keluarga sekitar 100 orang. Ikuti perbincangan selanjutnya dalam majalah Dewan Bahasa, Jun 2007 dalam pasaran!